Informasi Permainan Video Terkini
Adidas Mengumumkan Penajaan Untuk Penstrim Terkenal Ninja

Adidas Mengumumkan Penajaan Untuk Penstrim Terkenal Ninja

Diterbitkan pada Ogos 28, 2019 oleh .

Jika saya katakan tahun 2019 adalah tahun yang baik untuk Ninja atau nama sebenar beliau Tyler Blevins, ia adalah satu kenyataan yang masih tidak mencukupi untuk menggambarkan kejayaan beliau pada tahun ini.

Jika pada awal bulan ini, beliau mengumumkan yang akan menjadi menstrim secara eksklusif di Mixer iaitu perjanjian yang mungkin bernilai puluhan juta ringgit.

Hari ini, beliau dan Adidas mengumumkan kerjasama. Buat masa ini tiada pengesahan bentuk kerjasama tersebut, akan tetapi boleh dijangkakan Adidas akan mengeluarkan pakaian seperti baju dan kasut berdasarkan jenama Ninja.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Ultraboost Ninja mungkin?


TIPS & ULASAN