Skip to main content

Niantic Lab adalah syarikat yang bertanggungjawab di sebalik permua Pokémon Go. Ia adalah permua realiti terimbuh yang menggunakan lokasi masa nyata pemain bagi mencari makhluk-makhluk Pokémon. Selepas kejayaan permua ini, lebih banyak permua lain dibangunkan oleh Niantic seperti; Ghostbusters World, Jurassic World Alive, The Walking Dead: Our World, dan Harry Potter: Wizards Unite.

https://youtu.be/XPAgeZbH8Ck

Terbaru daripada Niantic Labs adalah permua Men In Black: World Invasion. Permua ini sangat sama sahaja dengan mana-mana permua realiti terimbuh lokasi nyata lain. Cuma pemain perlu memburu makhluk asing dan ia amat sesuai untuk peminat Men In Black. Makhluk asing yang perlu diburu adalah makhluk asing jahat yang berkeliaran di bumi dan bukannya boleh dibela seperti Pokémon.

Permua ini dilancarkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom terlebih dahulu. Ia akan dilancarkan secara global pada bulan September ini. Bagi yang berminat anda boleh pra-daftar di Play Store untuk Android atau di laman rasmi untuk iOS.

[download] Pra-Daftar Men In Black: World Invasion Di Play Store [/download] [info] Daftar Minat Men In Black: World Invasion Untuk iOS Di Sini [/info]

Leave a Reply