Sports Interactive dan Sega hari ini mengumumkan permainan seterusnya untuk siri simulasi pengurasan pasukan bola sepak Football Manager iaitu Football Manager 2020.
Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga berkongsi satu video acah yang sekadar memperlihatkan orang ramai bercakap mengenai bola sepak.
Football Manager 2020 (PC, Mac, Stadia), Football Manager 2020 Touch (PC, Mac, iOS, Android) dan Football Manager 2020 Mobile (iOS dan Android) akan dikeluarkan pada awal November, tarikh akan diumumkan kemudian. Manakala Football Manager 2020 Touch untuk Switch akan dikeluarkan pada lewat November.