Semalam kami melaporkan yang koleksi permainan Mega Man Zero dan ZX telah tertiris apabila ia tersenarai di PS Store Hong Kong. Capcom kini telah mengumumkan permainan tersebut secara rasmi, dan seperti yang dijangkakan ia juga akan dikeluarkan untuk Xbox One, Switch dan PC pada 21 Januari 2020.
Koleksi ini akan menyertakan 6 permainan iaitu Mega Man Zero 1,2,3 dan 4 serta Mega Man ZX dan ZX Advent.
Mereka juga mengumumkan yang seperti koleksi Legacy yang sebelum ini, koleksi ini akan turut disertakan dengan pelbagai kandungan tambahan seperti galeri yang diisi dengan ilustrasi watak dan seni. Terdapat juga pemain muzik untuk mendengar muzik-muzik latar permainan tersebut.
Selain itu, ia juga akan menyertakan satu mod baharu iaitu Z Chaser, namun maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi dalam masa terdekat. Manakala, bagi pemain yang pra-tempah akan mendapat 10 lagu di dalam permainan baharu serta 1 peringkat baharu untuk setiap 6 permainan dan 4 muzik.
Semasa penulisan ini, hanya Steam dan Xbox sahaja yang menyenaraikan permainan tersebut di mana ia akan berharga RM98 di Steam dan RM126 di Xbox.