Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Beta Buat Monster Hunter World: Iceborne Disahkan Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini Buat Pemain Malaysia

Sesi Beta Buat Monster Hunter World: Iceborne Disahkan Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini Buat Pemain Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi beta terbuka khas buat permainan Monster Hunter World: Iceborne yang mana ianya adalah pernambahan seterusnya buat permainan Monster Hunter World di konsol Playstation 4 dan Xbox One buat kesemua pemain di Malaysia.

Capcom juga mengesahkan bahawa ini adalah beta terakhir sebelum pernambahan ini dilancarkan secara rasmi minggu hadapan.

Beta tersebut boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain buat kedua-dua konsol. Namun bagi akses multi-pemain, pemain perlu memiliki langganan Playstation Plus untuk Playstation 4 dan langganan Xbox Live Gold untuk Xbox One. Namun ketika sesi beta tersebut, pemain perlu sentiasa berhubung dengan Internet untuk bermainnya dan ianya boleh mula dimuat-turun bermula 28 Ogos 2019 ini dengan keperluan storan sebanyak 8GB sahaja.

Manakala berikut adalah jadual penuh sesi beta buat Monster Hunter World: Iceborne mengikut konsol dan waktu tempatan.

  • Playstation 4 – 30 Ogos 2019 (Jam 3 petang) sehingga 2 September (Jam 2:59 petang)
  • Xbox One – 2 September 2019 (Jam 3 petang) sehingga 5 September (Jam 2:59 petang)

Menurut Capcom, beta tersebut akan menyertakan 4 misi yang pemain boleh lakukan iaitu misi sama ada secara solo ataupun secara multi-pemain iaitu:

  • Velkhana Of The Frost – Menumpaskan raksasa Velkhana di lokasi The Elder’s Recess
  • Great Devourer, Great Jagras – Memburu Great Jagras di lokasi The Ancient Forest
  • The Big Horned Banbaro – Memburu Banbaro di lokasi Hoarfrost Reach
  • The Wild Tigrex – Memburu Tigrex di lokasi Hoarfrost Reach

Menariknya, bagi anda yang melengkapkan misi-misi yang tersedia di dalam sesi beta ini, Capcom juga akan menyediakan ganjaran khas mengikut misi.

Selain itu, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, sebilangan kandungan baharu yang diumumkan seperti fungsi Clutch Claw boleh dicuba melalui beta ini. Selain itu, fungsi kombinasi serangan tambahan, kenderaan Raider Ride dan mod penglihatan juga boleh digunakan.

Dari segi watak tersedia pula, beta ini akan menyediakan 6 watak wanita dan lelaki untuk pemain cuba di dalam keseluruhan sesi beta tersebut. Lokasi latihan juga disediakan buat pemain untuk mencuba fungsi Clutch Claw dan juga senjata-senjata lain.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba beta Monster Hunter World: Iceborne bermula hujung minggu dan anda juga boleh dapatkan permainan tersebut apabila ianya dilancarkan secara rasmi menjelang 6 September 2019 ini di Playstation 4 dan Xbox One.

Muat-Turun: Beta Monster Hunter World: Iceborne PS4


TIPS & ULASAN