Skip to main content

Kami sebelum ini melaporkan yang Fortnite megacah kandungan Borderlands 3 akan tiba ke permainan tersebut. Akhirnya, kandungan tersebut diumumkan secara rasmi.

Bermula hari ini sehingga 10 September, peta Pandora disertakan di bahagian Rift Zone. Menariknya, di kawasan peta tersebut, pemain akan mendapat Shield jika tidak menerima tembakan selepas 4 saat.

Selain itu ia juga akan menyertakan kostum Psycho bersama dengan beg berbentuk Claptrap yang boleh dibeli melalui kedai di dalam permainan. Terdapat juga cabaran untuk mendapatkan pelbagai ganjaran seperti Mayhem Wrap, Vault Hunter Banner, Psycho Spray, dan Crunk Bunny Spray.

Ini merupakan satu kerjasama yang menarik, terutama bagi pemain yang tidak sabar untuk mencuba Borderlands 3.

Leave a Reply