Fortnite Mengacah Kandungan Berdasarkan Borderlands

Seperti kita sedia maklum, Fortnite dan 2K serta Gearbox sudah mempunyai perhubungan yang baik apabila Borderlands 3 untuk PC akan dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store terlebih dahulu.

Hari ini, perhubungan tersebut mungkin melangkaui sekadar eksklusif tetapi tampaknya kandungan Borderlands 3 juga akan hadir ke dalam permainan pertempuran royale Epic Games iaitu Fortnite.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, Fortnite berkongsi gambar beberapa kostum untuk permainan tersebut menariknya ia juga menyertakan topeng Psycho yang merupakan watak tidak asing lagi untuk siri Borderlands.

Buat masa ini, Fortnite tidak berkongsi lanjut mengenainya, dan kami semestinya akan laporkan sebarang perkembangan terbaru.

Sohor Kini