Bermula hari ini, Polyphony Digital melancarkan kemaskini baharu buat permainan perlumbaan Gran Turismo Sport bagi kemaskini bulan Ogos yang mana mereka menyertakan beberapa kenderaan baharu bersama-sama dengan kandungan tambahan lain.

Menurut Polyphony Digital, 5 kenderaan baharu yang disertakan adalah:

  • Honda S2000 ’99 (N200)
  • Nissan Silvia K’s Dia Selection (S13) ’90 (N200)
  • Toyota Corolla Levin 3door 1600GT APEX (AE86) ’83 (N100)
  • Subaru Impreza Coupe WRX Type R STi Version VI ’99 (N300)
  • Mitsubishi GTO Twin Turbo ’91 (N300)

Selain itu, seperti dijanjikan oleh Polyphony Digital sebelum ini, tetapan cuaca litar berhujan juga kini tiba buat permainan tersebut. Seperti biasa, dengan tetapan cuaca berhujan, litar tersebut akan menjadi lebih sukar akibat basah dan lebih licin. Namun, ianya terhad buat litar Red Bull Ring dan Red Bull Ring Short Track sahaja.

Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan sebilangan pusingan tambahan buat liga Gran Turismo Sport yang pemain boleh berlumba di dalam permainan tersebut. Kemaskini keseimbangan permainan dan pernaik-tarafan juga di sertakan menurut pembangun.

Gran Turismo Sport telah pun dilancarkan secara eksklusif di konsol Playstation 4 dan kemaskini di atas telah pun dilancarkan hari ini.

Sohor Kini