Bersempena dengan acara D23 yang berlangsung hujung minggu lepas, Marvel hari ini mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos ini, mereka akan menyertakan 3 kostum baharu buat watak Spider-Man, Hulk dan Captain Marvel bersama-sama dengan kemaskini percuma watak Colossus dan Cyclops yang diumumkan sebelum ini.
3 Kostum yang diumumkan adalah kostum Symbiote Suit untuk Spider-man, kostum Planet Hulk buat Hulk dan kostum Ms. Marvel buat Captain Marvel. Ketiga-tiga kostum tersebut diperlihatkan di bawah melalui rancangan Marvel Minute oleh Marvel Entertainment.
Sebelum ini, Marvel dan Nintendo juga mengumumkan DLC Marvel Knights akan dilancarkan pada 30 September 2019 ini.
Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order dibangunkan oleh Team Ninja dan ia telah pun dilancarkan secara eksklusif di Switch.