Sebelum ini, Annapurna Interactive melancarkan permainan Ashen di konsol Xbox One dan PC melalui Epic Games Store tahun lepas yang mana ianya diumumkan secara rasmi ketika acara The Game Awards.
Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan ke konsol Playstation 4, Switch dan juga di PC melalui Steam dan Gog menjelang 9 Disember 2019 ini.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Ashen merupakan permainan yang dilancarkan oleh Annapurna Interactive dan dibangunkan oleh Aurora44 di mana ianya memfokuskan bentuk permainan secara aksi pengembaraan RPG. Menariknya, permainan ini bukan sahaja mempunyai bentuk dunia terbuka malah ianya juga mempunyai bentuk multi-pemain secara pasif yang membenarkan pemain untuk bertemu pemain lain ketika pengembara.
Bagi anda yang berminat dengan permainan bergenre ini, pastikan anda mendapatkannya menjelang Disember ini.