Capcom sudah hadir dengan pelbagai koleksi permainan Mega Man yang dikeluarkan kembali seperti Mega Man Legacy Edition 1 & 2. Kini, mereka tampaknya akan hadir pula dengan Mega Man ZX/Zero Legacy Edition berdasarkan penyenaraian di PS Store.

Gematsu juga telah memuat naik video acah untuk permainan tersebut yang juga diambil daripada PS Store. Koleksi ini akan menyertakan Mega Man Zero 1,2,3 dan 4 serta Mega Man ZX dan ZX Advent.

Berdasarkan penyenaraian tersebut, ia akan hadir pada 21 Januari 2020, berdasarkan koleksi yang dikeluarkan sebelum ini, ia juga kemungkinan besar akan turut dikeluarkan untuk Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini