Informasi Permainan Video Terkini
Mario Kart Tour Akan Dikeluarkan September Ini – Pra-Daftar Dibuka Untuk iOS Dan Android

Mario Kart Tour Akan Dikeluarkan September Ini – Pra-Daftar Dibuka Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Awal tahun ini kami melaporkan yang Mario Kart Tour iaitu permainan mudah alih seterusnya oleh Nintendo tertunda dari bulan Mac ke suku ketiga tahun ini.

Hari ini, Nintendo mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 25 September 2019 untuk iOS dan juga Android. Bersempena dengannya mereka juga melancarkan akaun sosial rasmi seperti Twitter.

Bagi yang ingin terus memuat-turun apabila ia dilancarkan, anda juga kini boleh pra-daftar permainan tersebut melalui App Store dan juga Play Store. Bentuk permainan sebelum ini tertiris yang memperlihatkan elemen gacha.


TIPS & ULASAN