Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Overwatch Akan Tiba Di Switch September Ini

(Ura-ura) Overwatch Akan Tiba Di Switch September Ini

Diterbitkan pada Ogos 27, 2019 oleh .

Berdasarkan beberapa laporan, Blizzard sedang giat membangunkan Overwatch 2 sehinggakan mereka membatalkan projek Star Craft. Namun, mungkinkah sebagai satu tolakan terakhir, mereka akan mengeluarkan Overwatch untuk Switch?

Sebelum ini telah diura-urakan ia akan tiba, bahkan pengarah Overwatch Jeff Kaplan sendiri pernah mengatakan yang beliau menggemari konsol hibrid tersebut. Ia mungkin akan menjadi kenyataan apabila satu kerangka untuk Switch yang mempunyai rekaan berdasarkan Overwatch disenaraikan di Amazon (terima kasih Wario64)

Ia adalah kerangka yang dihasilkan oleh PowerA secara rasmi untuk Blizzard dan juga Nintendo. Menjadikan ia lebih menarik, penyenaraian tersebut juga dibuang tidak lama selepas tersenarai.

Kerangka tersebut dikatakan akan tiba pada 15 September yang membuatkan ramai menjangka Overwatch untuk Switch akan tiba pada tarikh yang sama.

Buat masa ini ia adalah sekadar ura-ura sahaja akan tetapi agak aneh untuk kerangka dihasilkan berdasarkan permainan yang tidak terdapat di Switch.


TIPS & ULASAN