Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Kedua Star Wars: The Rise of Skywalker – Adakah Luke Akan Kembali Sebagai Roh?

Ini Adalah Video Acah Kedua Star Wars: The Rise of Skywalker – Adakah Luke Akan Kembali Sebagai Roh?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

“A thousand generations, but this is your fight.” – itu adalah kata-kata Luke Skywalker dalam video acah baharu buat filem Star Wars: The Rise of Skywalker. Video acah ini adalah video acah kedua selepas empat bulan video acah pertama diperlihatkan semasa acara sambutan Star Wars.

Video ini bermula dengan imbau kembali buat kesemua sembilan filem Star Wars yang sebelumnya. Kemudian ia turut memperihatkan adegan pertempuran antara Rey dan Kylo di atas seakan sebuah kapal perang Imperial yang musnah. Bukan itu sahaja, turut kelihatan sekali lagi sedutan klip Princess Leia.

Dalam filem ini Rey, Poe, dan Finn akan menghadap satu peperangan atau pertempuran besar dalam hidup mereka. Kerana ini adalah filem penamat buat trilogi Age of Resistance. Kemudian dalam video ini turut memperihatkan yang Rey mungkin telah sertai ‘Dark side‘ dengan Light Saber dua-bilah berwarna merah. Terdapat ura-ura yang mengatakan Luke mungkin akan muncul dalam filem ini sebagai roh ‘Force’ seperti Yoda dalam filem The Last Jedi.

Selepas filem ini, tiada lagi filem Star Wars utama sehinggalah tahun 2022 yang akan diarahkan oleh pengarah Games of Thrones David Benioff dan D.B. Weiss. Pengarah filem The Last Jedi, iaitu Rian Johnson turut mempunyai perancangan trilogi akan datang. Kisah sebenar buat Star Wars: The Rise of Skywalker hanya akan kita ketahui apabila filem ini ditayangkan pada bulan Disember ini.


TIPS & ULASAN