Informasi Permainan Video Terkini
No Man’s Sky Mencapai 2 Juta Pemain Dalam Tempoh Masa Seminggu Selepas Kemaskini Beyond
PC

No Man’s Sky Mencapai 2 Juta Pemain Dalam Tempoh Masa Seminggu Selepas Kemaskini Beyond

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

14 Ogos lepas, Hello Games melancarkan kemaskini terbesar mereka buat permainan No Man’s Sky iaitu Beyond yang mana ianya bukan sahaja menyertakan bentuk permainan secara realiti-maya malah pelbagai kandungan tambahan lain dan bentuk multi-pemain yang dikembangkan.

Menariknya menurut Hello Games, selepas pelancaran kemaskini tersebut, permainan No Man’s Sky mencapai lebih dari 2 juta jumlah pemain dalam tempoh masa seminggu dan sememangnya ianya adalah satu pencapaian yang sangat baik sekali untuk studio permainan tersebut.

Tambahan itu, bersempena dengan pelancaran kemaskini tersebut juga, Sean Murray pengasas Hello Games juga berkongsi sebilangan kenyataan melalui blog rasmi permainan No Man’s Sky di mana beliau mengucapkan terima kasih buat pemain disamping berkongsi sebilangan kerja amal yang dilakukan oleh mereka termasuklah gambar papan iklas yang dibeli oleh peminat sebelum ini.

Selain itu, Hello Games juga telah telah melancarkan beberapa kemaskini sejak pelancaran pernambahan Beyond yang mana mereka menjanjikan untuk memperbaiki dan menaik-taraf permainan tersebut.

No Man’s Sky telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana kemaskini Beyond pula boleh dimuat-turun secara percuma buat semua pemilik permainan tersebut.

Menariknya, bagi anda yang masih belum memiliki permainan tersebut, Hello Games juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan semula edisi fizikal buat permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan pernambahan Beyond.


TIPS & ULASAN