Skip to main content

Hades merupakan permainan seterusnya oleh pembangun permainan Bastion dan Transistor iaitu Supergiant Games di mana ianya sebelum ini dilancarkan di Epic Games Store.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan di Steam, juga sebagai permainan akses awal bermula 11 Disember ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Hades merupakan permainan yang memfokuskan bentuk pengembaraan dengan kamera isometrik di mana pemaina kan bermain sebagai anak kepada Hades dan ianya bertemakan ketuhanan Yunani.

Sejak pelancaran permainan tersebut tahun lepas, Supergiant Games telah pun menyertakan sebilangan kemaskini dan kandungan baharu yang mana kami percaya ianya akan disertakan bersama buat versi Steam. Menurut Supergiant Games lagi, permainan tersebut akan dilancarkan secara penuh sekitar suku ketiga 2020 ini.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya di Steam, anda boleh meletakkan permainan tersebut di dalam senarai hajat anda melalui pautan rasmi Steam. Manakala bagi anda yang ingin membelinya di Epic Games Store, ianya sudah pun dilancarkan dengan harga $12.49(~RM55) dan jika anda membelinya hari ini, Epic Games juga menawarkan diskaun sebanyak 15%.

Leave a Reply