Informasi Permainan Video Terkini
FIFA 20 Legacy Edition Untuk Switch Tidak Menyertakan Mod Volta Dan Sebarang Peningkatan Bentuk Permainan

FIFA 20 Legacy Edition Untuk Switch Tidak Menyertakan Mod Volta Dan Sebarang Peningkatan Bentuk Permainan

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

EA minggu ini mengumumkan FIFA 20 Legacy Edition yang dikhususkan untuk Switch. Melalui versi tersebut pemain akan mendapat segala kemaskini seperti pemain, jersi dan stadium.

Namun, ia sekadar perkara kosmetik tersebut sahaja yang yang diperbaharui, menurut EA, versi ini tidak menyertakan sebarang penambah-baikkan bentuk permainan yang hadir untuk versi di platform lain.

Mod baharu untuk FIFA 20 iaitu Volta juga tidak akan disertakan di dalam Legacy Edition ini. Boleh katakan, FIFA 20 Legacy Edition adalah FIFA 19 yang diberi barangan kosmestik baharu. Mod penceritaan juga tidak disertakan seperti FIFA untuk Switch sebelum ini.

Buat masa ini, harga tidak dinyatakan lagi, tetapi menurut EA, ia akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding versi di platform lain.


TIPS & ULASAN