Seperti yang anda sedia maklum, acara Gamescom 2019 lepas Kojima Productions memperlihatkan sebilangan video acah baharu buat permainan akan datangnya, Death Stranding yang mempertontonkan watak-watak buat permainan tersebut termasuklah watak penampilan Geoff Keighley.

Namun, ketika acara tersebut Hideo Kojima menyatakan bahawa di acara Gamescom 2019, terdapat satu lagi video acah eksklusif buat permainan tersebut yang mana ianya bertajuk “Briefing” dan ianya memperlihatkan penerangan penceritaan permainan tersebut dengan lebih lanjut.

Terkini, video acah tersebut akhirnya tertiris di mana melalui akaun Youtube RePorter Bridges, beliau memuat-naik video tersebut di mana video acah tersebut berdurasikan sekitar 7 minit, manakala lebihan video tersebut hanyalah video Vlog oleh RePorter Bridges tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=NlmJ8vhf3A8

Berdasarkan video tersebut, ianya memperlihatkan watak Sam Porter Bridges, Amelie dan Die-Hardman yang mana mereka kelihatan berbincang untuk membina semula Amerika selepas bencana yang berlaku. Sememangnya video di atas agak sukar untuk difahami akibat ianya agak berkualiti rendah.

Namun, berdasarkan laporan Gamesradar, ianya mempunyai konsep penceritaan yang agak ringkas di mana ianya memfokuskan perhubungan di antara negara Amerika dari timur ke barat yang mana pemain perlu mengaktifkan semula nod-nod komunikasi untuk menyatukan semula negara tersebut yang sudah berpecah. Anda juga perlu menyelamatkan anak perempuan presiden Amerika Syarikat itiu Amelie daripada pasukan pengganas, Homo Demens.

Dari segi bentuk permainan pula, pemain tampaknya akan bergerak di dalam dunia terbuka dan melakukan sebilangan misi dengan menghantar barangan dan sebagainya.

Semestinya penerangan lebih lanjut anda boleh membaca di laporan di atas. Namun begitu kami sendiri di Aksiz juga agak ragu-ragu dengan permainan ini dan kami percaya segala persoalan akan terjawab menjelang 8 November 2019 apabila ianya dilancarkan secara rasmi kelak.

Sohor Kini