Informasi Permainan Video Terkini
Supercell Mengumumkan Rush Wars Secara Rasmi – Tiba Secara Beta Di 3 Negara

Supercell Mengumumkan Rush Wars Secara Rasmi – Tiba Secara Beta Di 3 Negara

Diterbitkan pada Ogos 26, 2019 oleh .

Kemaskini:

Supercell akhirnya mengumumkan Rush Wars secara rasmi, ia adalah permainan strategi yang menyertakan pelbagai watak berbeza. Menurut yang diperkatakan pembinaan serta pertahanan kubu tidak akan mempunyai sekatan masa.

Persediaan untuk menyerang juga tidak akan memakan masa yang lama. Pemain boleh menyertai satu pasukan ataupun membina pasukan tersendiri.

Pemain perlu menyerang kubu pemain lain dan juga meletakan pertahanan untuk kubu anda. Ia bagaikan gabungan kesemua permainan Supercell sebelum ini.

Buat masa ini ia dikeluarkan secara BETA untuk tiga negara iaitu Australia, Kanada dan New Zealand.

Berita Asal:

Supercell iaitu pembangun permainan mudah alih yang popular dengan permainan seperti Clash of Clans, Clash Royale dan Brawl Stars, bakal mengumumkan satu lagi permainan baharu mereka iaitu Rush Wars untuk iOS dan Android.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai akan tetapi mereka akan mengadakan penstriman langsung untuk memperlihatkan permainan tersebut buat pertama kali pada pukul 4 petang, hari ini.

Ia juga akan dikeluarkan secara beta bermula hari ini, tetapi terhad untuk beberapa negara sahaja seperti permainan mereka sebelum ini.


TIPS & ULASAN