Dying Light 2 merupakan permainan seterusnya bagi siri permainan Dying Light oleh Techland. Ia merupakan permainan zombi dunia terbuka. Ia diumumkan pertama kali ketika acara E3 tahun lepas.

Techland minggu ini mengumumkan yang mereka akan mengadakan penstriman langsung untuk memperlihatkan lebih banyak bentuk permainan bagi permainan tersebut.

Ia akan berlangsung pada 2 pagi, 27 Ogos 2019 melalui laman Facebook dan juga Twitch. Dying Light 2 dijangka akan tiba pada awal tahun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia akan diterbitkan oleh Square Enix.

Sohor Kini