Akhir tahun lepas, Dmitry Glukhovsky iaitu penulis untuk novel Metro 2033 yang diadaptasi ke permainan berjudul sama, mengumumkan yang beliau membatalkan perjanjian untuk menerbitkan filem berdasarkan karya beliau.
Ia adalah disebabkan penulis untuk projek tersebut cuba menjadikan filem Metro 2033 berlatarkan di Amerika Syarikat berbanding Russia seperti di dalam penceritaan asal.
Kini, beliau mengumumkan yang Gazprom-Media telah bersetuju untuk menyediakan dana bagi filem tersebut. Buat masa ini tiada pengumuman mengenai pengarah dan juga pelakon, akan tetapi ia disasarkan untuk tayangan pada 1 Januari 2022 di Russia.
Berkemungkinan besar filem ini akan berbahasa Russia dan akan menerima versi yang dialih suara, jika tiba di Malaysia.