Skip to main content

Tahun lepas, OG telah melakukan kejutan dengan menjuarai The International 2018 walaupun bukan menjadi pasukan kegemaran bahkan terpaksa melalui pusingan kelayakan.

Hari ini, selepas mengatasi pasukan Liquid dengan markah 3-1, OG sekali lagi menjadi juara di mana mereka membawa pulang hadiah bernilai $14 juta (~RM58 juta).

Jika tahun lepas mereka memecah tradisi pengiliran juara di antara pasukan Eropah dan China, kejuaraan tahun ini pula menjadikan mereka pasukan pertama yang menjuarai Aegis buat kali kedua, bahkan dua kali berturut-turut.

Jika ada yang masih berpendapat mereka menjuarai The International 2018 kerana nasib, ini mungkin membuktikan mereka adalah pasukan terbaik untuk Dota 2.

Di tempat kedua Liquid membawa pulang $4 juta (~RM16 juta) dan di tempat ketiga PSG.LGD membawa pulang $2 juta (~RM8 juta). Tahun depan, The International akan berlangsung di Stockholm, Sweden.

Leave a Reply