Informasi Permainan Video Terkini
Kit Harington Disahkan Untuk The Eternals – Memegang Watak Black Knight

Kit Harington Disahkan Untuk The Eternals – Memegang Watak Black Knight

Diterbitkan pada Ogos 25, 2019 oleh .

Seperti kita sedia maklum, filem The Eternals akan dibintangi oleh Angelina Jolie sebagai Thena, Richard Madden sebagai Ikaris, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, dan Salma Hayek sebagai Ajak.

Minggu ini, ketika acara D23 Expo, mereka mengumumkan beberapa watak lagi iaitu Gemma Chang sebagai Sersei, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh dan mungkin yang palin menarik perhatian adalah Kit Harington sebagai Dane Whitman (ataupun Black Knight).

The Eternals akan ditayangkan pada 6 November 2020 dan akan di arah oleh Chloé Zhao.


TIPS & ULASAN