Skip to main content

Ketika acara San Diego Comic Con, selain mengumumkan The Eternals, Thor, Black Widow, Dr. Strange dan Shang Chi, Marvel turut mengesahkan yang Black Panther 2 akan diterbitkan, namun tiada tarikh yang dikongsi.

Hari ini, ketika D23 Expo, presiden Marvel Studio Kevin Feige mengumumkan yang filem seterusnya buat siri Black Panther akan ditayangkan pada 6 Mei 2022. Selain itu, Ryan Coogler iaitu pengarah untuk filem pertama akan kembali mengarah filem ini.

Dengan filem terakhir yang diumumkan untuk MCU fasa ke-4 adalah Thor : Love and Thuder yang akan ditayangkan pada 5 November 2021, filem ini kemungkinan adalah filem pertama untuk fasa ke-4 seperti Black Widow memulakan fasa ke-4 dan turut ditayangkan pada bulan Mei 2020.

Selain pengumuman tarikh tersebut, tiada maklumat lain yang diumumkan. Kami pasti pelbagai lagi berita mengenainya akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan kami akan kemaskini.

Leave a Reply