Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Agents of S.H.I.E.L.D Musim Ketujuh Diperlihatkan – Hydra Kembali?

Video Acah Agents of S.H.I.E.L.D Musim Ketujuh Diperlihatkan – Hydra Kembali?

Diterbitkan pada Ogos 24, 2019 oleh .

Bagi yang belum menonton Agents of S.H.I.E.L.D musim keenam, ianya sudah pun tamat. Tahun hadapan, siri TV Marvel ini akan bersambung untuk musim ketujuh yang mana musim ini juga merupakan musim terakhir. Di acara D23 2019 awal pagi tadi, Disney telah berkongsi video acah pendek buat Agents of S.H.I.E.L.D musim ketujuh.

Dalam video acah ini, ia memperlihatkan yang Chromicoms seolah telah pun berjaya menakluki bumi. Mereka kini mungkin berada di kalangan manusia yang dikenali. Ini kerana mereka mempunyai gajet merampas wajah manusia. Bukan itu sahaja, dalam video acah ini mengesahkan yang musim ketujuh ini akan bermain sekali lagi dengan masa. Kerana garis masanya dilihat seperti zaman dahulu.

Disebabkan ia berada di masa silam, Hydra ketika itu masih wujud. Jadi, adakah musuh baharu musim ini Hydra dan Chromicoms? Atau adakah itu hanya cincin Hydra milik Fitz seperti dalam dunia realiti maya dalam musim kelima? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN