Skip to main content

Joker adalah satu filem spin-off DC terbaru yang diarahkan oleh Todd Phillips. Pelakon yang melakonkan watak ini adalah Joaquin Phoenix dan dari video acah, prestasi beliau dilihat agak baik.

Filem Joker ini tidak akan berada dalam dunia DCEU, tetapi sebaliknya adalah perspektif bagaimana jika Gotham dan Joker ini wujud di dalam dunia realiti. Garis masa filem ini adalah pada tahun 1980-an, ia mengisahkan seorang pelawak yang gagal dan semakin lama beliau berubah menjadi penjenayah yang dahsyat.

Filem ini telah diklasifikasikan sebagai filem yang ganas. Di Amerika Syarikat penarafan filem ini adalah ‘R Rated‘ yang mana adalah sesuai untuk tontonan penonton berusia bawah 17 tahun. Tetapi apabila masuk ke Malaysia filem ini akan diklasifikasikan sebagai filem ‘18‘. Contoh yang kita boleh lihat adalah filem Deadpool yang asalnya adalah ‘R Rated’, tetapi di Malaysia ia adalah ’18’.

Antara sebab kenapa ia diklasifikasikan sebagai filem ’18’ adalah kerana filem ini mengandungi banyak aksi-aksi yang ganas dan tidak menyenangkan. Menurut Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF), filem yang diklasifikasikan sebagai ’18’ adalah filem yang mengandungi kandungan seram, berdarah dan ganas (tetapi tidak berlebihan); adegan dewasa yang tidak berlebihan; sosial, politik dan unsur agama yang sensitif yang memerlukan pemahaman yang tinggi.

Filem Joker akan ditayangkan di Malaysia pada 3 Oktober jika tiada aral yang berlaku.

Leave a Reply