Skip to main content

Jika sebelum ini kami sering melaporkan pelbagai rekaan menarik yang dihasilkan oleh pengguna Dreams, termasuk juga yang menghasilkan satu permainan baharu.

Minggu ini, seorang pemain No Man’s Sky, Boid Gaming, telah menghasilkan Rocket League di dalam No Man’s Sky melalui mod kreatif untuk permainan tersebut.

Namun, buat masa ini ia masih di peringkat asas sahaja, bola permainan pun masih perlu dikeluarkan secara manual. Ia juga tidak mempunyai papan skor kerana bukanlah satu perkara yang disertakan di dalam permainan ini.

Ia masih satu ciptaan yang menarik dan mungkin akan dipertingkatkan lagi di masa hadapan.

Leave a Reply