Seperti biasa, setiap minggu Epic Games Store akan menawarkan permainan percuma dan minggu ini mereka menawarkan Fez selepas penawaran untuk Hyper Light Drifter dan Mutant Year Zero berakhir semalam.
Fez adalah permainan tekaria-platform yang dikeluarkan oleh Polytron Corporation dan direka Phil Fish. Ia dikeluarkan di hampir kesemua platform termasuk juga peranti pintar sejak tahun 2012.
Pastikan anda mendapatkan permainan ini sebelum ia berakhir. Bermula 29 Ogos 2019, mereka akan menawarkan Celeste dan Inside secara percuma.
[download]Epic Games Store: Fez[/download]