Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Bandai Namco akan melancarkan watak DLC Bakugo dan Majin Buu buat permainan Jump Force yang mana mereka adalah watak ke-4 dan Ke-5 buat watak pas musim permainan tersebut.
Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran watak tersebut, di mana kedua-dua mereka akan dilancarkan pada 27 Ogos 2019 ini. Menariknya, bagi anda yang memiliki pas musim watak buat permainan tersebut, Bandai Namco juga menyatakan bahawa mereka akan memberi akses awal kedua-dua watak tersebut bermula hari ini.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, kelak Bandai Namco juga akan melancarkan 4 lagi watak DLC lain terdiri daripada siri Bleach, Naruto dan One Piece.
Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.