Mattel hari ini telah melancarkan satu permua perlumbaan khas berdasarkan francais Hot Wheels iaitu Hot Wheels: Infinite Loop di mana ianya tiba di peranti iOS secara percuma.

Buat masa ini, permua ini masih lagi belum dilancarkan di peranti Android, namun pra-pendaftarannya telah pun dibuka melalui Google Play Store.

Hot Wheels: Infinite Loop merupakan permua perlumbaan yang mana bukan sahaja memfokuskan bentuk perlumbaan sesama pemain lain sehingga 8 pemain serentak, ianya juga menyertakan elemen pengumpulan kenderaan dan juga pelbagai pengubah-suaian yang pemain boleh lakukan. Menariknya juga, permua tersebut juga menyertakan pelbagai elemen seakan Burnout dicampur dengan pernaik-tarafan kenderaan yang mana pasti akan menarik minat pengumpul kenderaan mini Hot Wheels diluar sana.

Bagi anda yang berminat dengan permua ini, anda boleh memuat-turunnya sekarang di peranti iOS melalui pautan di bawah. Manakala bagi peranti Android, pautan untuk pra-pendaftaran kami juga sediakan di bawah.

Muat-Turun iOS: Hot Wheels: Infinite Loop

Pra-Daftar Android: Hot Wheels: Infinite Loop

Sohor Kini