Skip to main content

Psyonix hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi Rocket Pass musim ke-4 buat permainan Rocket League di mana ianya bakal tiba pada 28 Ogos 2019 ini dan akan tamat pada 4 Disember 2019 kelak. Manakala dari segi bentuk kompetitif pula, musim ke-12 buat permainan tersebut juga bakal bermula pada tarikh yang sama.

Seperti biasa, melalui musim ke-4 ini, Psyonix akan menyertakan sebilangan ganjaran khas dan pelbagai jenis kenderaan yang pemain boleh dapatkan melaluinya.

Menurut Psyonix, musim ke-4 ini juga akan mempunyai beberapa perubahan dari segi cabaran mingguan di mana sebarang cabaran baharu, Psyonix menyatakan ianya tidak akan lesap selepas minggu tersebut selesai. Sekaligus anda akan berupaya untuk melakukan kesemua cabaran di dalam keseluruhan tempoh musim tersebut.

Seperti Rocket Pass sebelum ini, musim ke-4 kali ini akan menyertakan 3 cabaran baharu setiap minggu sama ada buat pemilik Rocket Pass percuma ataupun premiumum yang ianya akan menyertakan pelbagai jenis ganjaran seperti Mudcat, Mudcat GXT dan sebagainya.

Bagi anda yang memiliki permainan Rocket League, pastikan anda bermain permainan ini menjelang minggu hadapan untuk mendapatkan pelbagai ganjaran yang disediakan melalui musim ke-4 ini.

Leave a Reply