Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah “Bentuk Koperasi” Bee Simulator Dipertontonkan – Bakal Tiba November Ini Di Konsol Dan PC

Video Acah “Bentuk Koperasi” Bee Simulator Dipertontonkan – Bakal Tiba November Ini Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Di acara Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, Bigben Interactive dan Varsav Games Studio berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan bentuk koperasi buat permainan Bee Simulator yang diumumkan sebelum ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan Bee Simulator merupakan permainan simulasi serangga lebah yang mana pemain akan bermain sebagai lebah dan pemain perlu mengumpul debunga. Menariknya melalui video acah di atas, pemain juga berupaya untuk bermain secara multi-pemain sehingga 4 pemain serentak. Sekaligus membenarkan pemain untuk mengumpul debunga dengan lebih panatas.

Selain itu, permainan ini juga menyertakan beberapa bentuk permainan lain seperti menahan sarang daripada diserang oleh serangga lain dan sebagainya.

Bee Simulator bakal hadir di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC menjelang 14 November 2019 ini.


TIPS & ULASAN