Gears POP! Kini Boleh Dimuat Turun Di iOS Dan Android

Seperti yang diumumkan semasa Inside Xbox bersempena Gamescom 2019 lepas, Gears POP! akhirnya kini boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan juga Android.

Permainan mudah alih oleh The Coalition dan Xbox Games Studio ini adalah permainan ‘tower defense’ dan boleh dikatakan seakan permainan popular Supercell iaitu Clash Royale.

Ia adalah kerjasama bersama dengan Funko yang mengeluarkan figura POP!. Bagi anda yang berminat, anda boleh muat turun melaui App Store ataupun Play Store.

App Store: Gears POP!

Play Store: Gears POP!

Sohor Kini