Focus Home Interactive dan Saber Interactive sebelum ini pernah melancarkan permainan simulasi trak iaitu MudRunner yang mana ianya memfokuskan pemain untuk memandu lori dan trak di lokasi gunung ganang dan sebagainya.

Terkini, ketika acara Gamescom 2019, mereka mengumumkan permainan simulasi trak seterusnya iaitu SnowRunner: A MudRunner Game dengan mempertontonkan satu video khas yang mempamerkan bentuk permainannya.

Seperti permainan MudRunner sebelum ini, SnowRunner kali ini memfokuskan bentuk pemanduan trak dan lori namun di lokasi bersalji. Melaluinya, pemain bukan sahaja mempunyai pilihan pelbagai jenis trak, malah pemain juga berupaya untuk mengembara di dalam lokasi yang luas.

Focus Home Interactive juga menjanjikan kandungan SnowRunner kali ini adalah empat kali ganda lebih besar berbanding permainan MudRunner dengan pelbagai cabaran dan elemen multi-pemain sebanyak 4 pemain serentak secara koperasi.

SnowRunner: A MudRunner Game akan dilancarkan tahun hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah informasi lanjut dikongsikan.

Sohor Kini