CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang mereka akan melakukan penstriman bentuk permainan untuk Cyberpunk 2077 pada 2 Pagi, 31 Ogos 2019.

Semasa penstriman tersebut mereka akan memperlihatkan 15 minit bentuk permainan, yang diperlihatkan kepada media di Gamescom 2019. Selain itu, ia juga menyertakan temubual bersama dengan pembangun untuk memberi maklumat lanjut mengenai apa yang diperlihatkan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan tidak akan menghadiri PAX West yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini kerana sebab logistik dan kreatif. Penstriman tersebut boleh ditonton di channel Twitch dan Mixer mereka.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 16 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini