Skip to main content

Shovel Knight sememangnya salah satu permainan platformer yang sangat terkenal oleh Yacht Club Games di mana sebelum ini kami melaporkan ianya telah terjual melebihi 2.5 juta salinan.

Terkini, ketika acara Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, ketua pegawai operasi Yacht Club Games iaitu James Chan menyatakan bahawa mereka kini sememangnya sedang membangunkan permainan baharu buat siri Shovel Knight khas sebagai permainan mudah-alih (permua) di peranti telefon pintar.

Menurut beliau lagi, dengan bentuk permua mereka pastinya ingin membangunkan permainan tersebut dengan bentuk yang lebih sesuai dengan bermain di skrin sesentuh, berbanding bermain dengan menggunakan alat kawalan.

Meskipun begitu, buat masa ini, informasi lanjut masih belum dikongsikan dan mereka juga mungkin akan mengumumkannya sekitar tahun ini dan kami pasti akan berkongsinya setelah ia diumumkan secara rasmi.

Leave a Reply