Skip to main content

Minggu ini ketua pereka konsep untuk Cyberpunk 2077 Marthe Jonkers mengatakan yang mereka (CDPR) sedang melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan untuk mod multi-pemain namun buat masa ini mod permainan solo masih menjadi keutamaan dan yang akan tiba apabila permainan tersebut dikeluarkan kelak.

Beliau juga mengatakan ia tidak bermakna yang Cyberpunk 2077 tidak akan menerima mod multi-pemain, dan pada masa yang sama ia juga tidak mengesahkan yang permainan tersebut akan menerima mod multi–pemain.

Sebaliknya, beliau mengatakan, jika ingin menyertakan mod multi-pemain, ia harus dilakukan dengan tepat. Mod multi-pemain harus padan dengan permainan solo, dan tidak akan menambah mod tersebut sekadar untuk menambahnya sahaja.

Jika ia tidak bersesuaian, ia tidak akan sesuai, tegas beliau lagi. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mencapai sekurang-kurangnya tahap seperti The Witcher untuk Cyberpunk 2077.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 16 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply