Skip to main content

Permainan simulasi pengurusan hospital Two Point Hospital sememangnya mendapat perhatian ramai sejak pelancarannya tahun lepas dan baru-baru ini SEGA juga mengumuman bahawa mereka akan melancarkannya di konsol.

Namun, tidak semestinya pembangun permainan tersetut iaitu Two Point Studios akah terhenti setakat itu sahaja di mana minggu ini, mereka mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC baharu yang memfokuskan bentuk permainan makhluk asing melalui DLC Close Encounters.

Menurut Two Point Studios, DLC tersebut akan dilancarkan di PC pada 29 Ogos 2019 ini yang mana ianya sudah boleh dipra-tempah dengan harga RM20.70 di Steam.

Melalui DLC tersebut, ianya akan menyertakan 3 hospital baharu buat pemain dan beberapa penyakit yang memfokuskan elemen luar angkasa sehingga 34 jenis penyakit baharu yang mana pasti akan menjadi satu bentuk permainan yang menarik.

Bagi anda yang memiliki permainan Two Point Hospital di PC, pastikan anda mendapatkan DLC ini yang bakal hadir minggu hadapan.

Leave a Reply