Bersempena dengan acara Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini, DotEmu, Lizardcube dan Guard Crush Games mempertontonkan satu video acah baharu buat permainan Streets Of Rage 4 yang mana ianya memperlihatkan watak baharu, iaitu Cherry Hunter.

Menurut pembangun, Cherry Hunter merupakan anak perempuan Adam Hunter, iaitu watak asal bagi siri Streets Of Rage di mana beliau mempunyai kemahiran bertempur dengan menggunakan muzik dan gitar. Dengan pengumuman ini, permainan ini juga kini mempunyai 3 watak yang pemain boleh gunakan yang mana ia terdiri daripada Axel Stone, Blaze Fielding dan Cherry Hunter.

Juga di dalam video acah yang sama, mereka juga memperlihatkan sebilangan bentuk dan lokasi permainan baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Pembangun juga mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini