Pada tahun 2017 lepas, Unties dan Rayark telah mengumumkan permainan Deemo Reborn iaitu permainan irama akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan juga dengan sokongan realiti maya untuk PSVR.
Minggu ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 21 November 2019. Melalui versi ini, ia akan mengolah semula Deemo dan menyertakan persekitaran 3D berbanding 2D untuk versi sebelum ini.
Deemo sudah dikeluarkan untuk Switch, Vita, iOS dan Android, ia telah dimuat turun sebanyak 22 juta kali. Penambahan muzik juga dirancangkan sebagai DLC.