Bagi anda yang memiliki permainan The Sims 4, anda mungkin berminat dengan DLC yang diumumkan oleh EA minggu ini iaitu pernambahan Realm of Magic yang mana ianya akan menyertakan beberapa elemen magis di dalam permainan tersebut.

Menurut EA, DLC tersebut akan dilancarkan pada 10 September 2019 ini PC dan Mac. Manakala versi konsol pula ianya akan tiba menjelang 15 Oktober 2019 di Playstation 4 dan Xbox One.

Seperti DLC yang dilancarkan sebelum ini buat permainan ini, ianya akan menyertakan pelbagai kandungan seperti pakaian bertemakan magis dan juga beberapa hiasan dan perabot yang pemain boleh letak di dalam rumah pemain.

Selain itu, dengan DLC ini juga, pemain juga berupaya untuk membuat watak-watak Sims untuk mempelajari kemahiran mantera seperti menghasilkan makanan, bertempur dengna Sims lain dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan DLC ini, ianya akan dijual secara berasingan melalui Origin menjelang September ini. Manakala di konsol, ianya bakal tiba Oktober kelak.

Sohor Kini