Nintendo dan Square-Enix hari ini akhirnya mengumumkan demo buat permainan Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age Definitive Edition kini boleh dimuat-turun melalui Nintendo eShop di konsol Switch.

Menurut Nintendo, demo tersebut akan menyertakan sebahagian awal permainan tersebut dan segala kemajuan yang pemain dapatkan boleh disambungkan ke permainan penuh apabila ianya dilancarkan kelak.

Juga bersempena dengan pengumuman ini, Nintendo juga mengesahkan bahawa meraka akan melancarkan pek DLC Champion’s Pack secara percuma buat semua pemilik permainan tersebut. Melaluinya ianya akan menyertakan sebilangan barangan tambahan termasuklah kostum watak dari Dragon Quest VIII.

Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age asalnya dilancarkan di Playstation 4 dan PC sebelum ini di mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya. Bagi versi Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age Definitive Edition ianya akan tiba di konsol Switch pada 27 September 2019 ini.

Sohor Kini