Setelah beberapa bulan sejak pelancaran permainan perlawanan Power Rangers: Battle For The Grid di konsol, nWay hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan tersebut di PC yang mana ianya akan dilancarkan pada 25 September 2019 ini melalui Steam.
Melalui pelancarannya di Steam kelak, nWay mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan dua edisi yang pemain boleh dapatkan, di mana edisi biasa akan dijual dengan harga $19.99(~RM84). Manakala edisi Collectors pula akan dijual dengan harga $39.99(~RM168) dan ianya akan menyertakan kesemua pas musim pertama, kostum tambahan dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, laman Steam buat permainan tersebut telah pun dilancarkan di mana anda boleh meletakkannya di dalam senarai hajat anda.
Power Rangers: Battle For The Grid merupakan permainan perlawanna yang memfokuskan watak-watak dari siri Power Rangers. Ianya telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch sebelum ini.