Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Shenmue III Memperlihatkan Pelbagai Aktiviti Sampingan
PC

Video Acah Baharu Shenmue III Memperlihatkan Pelbagai Aktiviti Sampingan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 oleh .

Deep Silver hari ini berkongsi satu video acah baharu untuk Shenmue III. Di dalam video tersebut ia memperlihatkan pelbagai aktiviti sampingan yang akan disertakan di dalam permainan tersebut.

Antara yang diperlihatkan adalah bermain permainan arked, dan juga pertandingan pertempuran. Seperti permainan Shenmue sebelum ini, Shenmue III juga akan menyertakan pelbagai aktiviti sampingan lain untuk anda menghabiskan masa.

Shenmue 3 akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN