Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan OMEN Challenger Series Kembali Buat Tahun 2019 Dengan Wang Hadiah Melebihi RM200,000

Kejohanan OMEN Challenger Series Kembali Buat Tahun 2019 Dengan Wang Hadiah Melebihi RM200,000

Diterbitkan pada Ogos 21, 2019 oleh .

HP minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kejohanan OMEN Challenger Series 2019 dengan permainan Counter-Strike: Global Offensive di mana ianya akan mempertandingkan antara 12 negara dari seluruh Asia Tenggara untuk berebut wang hadiah melebihi RM200,000.

Menurut OMEN, pendaftaran buat kejohanan tersebut sudah pun berlangsung bermula bulan ini dan pusingan kelayakan atas-talian akan berlangsung pada penghujung Ogos ini. Bagi pusingan akhir, OMEN Challenger Series akan diadakan di Jakarta pada 1 hingga 3 November ini.

Informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut akan dikongsikan di laman rasmi OMEN.

Selain itu, bersempena dengna pengumuman ini, HP juga melancarkan program pembelian khas di mana bermula minggu ini sehingga 30 September ini bagi mereka yang membuat pembelian laptop OMEN, HP akan menyertakan kod Steam Wallet sebanyak RM50.

Tambahan itu, pembeli yang bernasib baik juga berpeluang untuk memenangi tiket khas ke kejohanan OMEN Challenger Series 2019 yang bakal berlangsung pada November ini di Jakarta.

Manakala bagi pembelian secara atas-talian laptop OMEN 15, bermula hari ini sehingga 31 Ogos ini pula, HP akan memberi ganjaran tetikus HP OMEN 600 dan fon kepala HP Omen 800 yang bernilai sebanyak RM618.

Juga untuk tahun 2019 ini, HP juga mengumumkan kejohanan Campus Legends yang mana ianya adalah kejohanan permainan Dota 2 dengan wang hadiah terkumpul melebihi RM12,000. Kejohanan ini memfokuskan peringkat pelajar universiti dan ianya adalah terbuka buat pemain Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Bagi informasi lanjut berkenaannya anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN