Kemaskini: Warner Bros akhirnya megesahkan yang kesemua watak yang tertiris adalah watak-watak DLC seterusnya untuk Mortal Kombat 11. Selain itu, satu video acah juga dikongsi.
Warner Bros. dan NetherRealm Studios dijangka akan melakukan pengumuman lanjut mengenai watak-watak yang bakal hadir sebagai DLC untuk Mortal Kombat 11 hari ini.
Namun, tampaknya ia telah tertiris lebih awal apabila video yang dimuat naik untuk mengacah pengumuman tersebut menyertakan thumbnail yang memperlihatkan kesemua watak.
Watak-watak yang bakal hadir adalah T-800 daripada Terminator akan tiba pada 8 Oktober, Sindel pada 26 November, Joker pada 28 Januari tahun depan dan Spawn pada 17 Mac 2020. Manakala Shang Tsung dan Nightwolf sudah dikeluarkan.
Watak T-800 nampaknya berumur seperti watak di dalam filem baharu Terminator iaitu Terminator: Dark Fate. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada mereka.
Mortal Kombat 11 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada April lepas.