Skip to main content

Konami minggu ini mengumumkan sebagai rakan rasmi untuk kejohan Euro 2020 mereka akan mengeluarkan satu DLC yang akan menambah kejohanan tersebut ke dalam permainan eFootball PES 2020 pada suku kedua 2020 secara percuma.

Melaluinya, PES 2020 akan menyertakan negara yang bertanding bersama dengan rekaan jersi dan pemain. Selain itu, mereka juga mengumumkan penganjuran kejohanan e-sukan UEFA eEURO 2020 yang akan memperlihatkan persatuan bola sepak setiap negara akan menghantar wakil bagi kejohanan tersebut.

Kejohanan Euro 2020 akan bermula pada Jun tahun depan dan buat pertama kali ia akan dianjurkan di beberapa negara berbanding satu tuan rumah seperti sebelum ini.

eFootball PES 2020 akan dikeluarkan pada 10 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply