Skip to main content

Ketika acara pembukaan Gamescom 2019, Stormind Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seterusnya baut Remothered: Tormented Father iaitu Remothered: Broken Porcelain.

Menurut pembangun, ianya bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC sekitar suku ketiga tahun hadapan.

Remothered: Broke Porcelain merupakan permainan seram yang memfokuskan rumah penginapan Ashmann yang bermisteri. Melaluinya, ianya akan memfokuskan bentuk permainan pertahanan hidup dan juga elemen seram dan pemain perlu mencari jalan dan bertahan di dalam rumah penginapan tersebut.

Seperti biasa kami akan berkongsi informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply