Bagi anda yang berminat dengan permainan strategi dan taktikal yang memfokuskan pembinaan tamadun dan sebagainya, anda mungkin berminat dengan pengumuman terkini oleh Kalypso Media iaitu Port Royale 4.
Permainan ini diumumkan ketika acara pembukaan Gamescom 2019 yang berlangsung minggu ini di mana ianya akan dilancarkan pada tahun hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.
Dari segi informasi lain, dukacitanya ianya masih belum diumumkan. Namun video pengumuman permainan tersebut boleh ditonton di bawah.