Skip to main content

Ubisoft di Gamescom 2019 mengumumkan yang permainan strategi pembinaan bandar The Settlers akan dikeluarkan pada tahun 2020 untuk PC melalui Uplay, Uplay+ dan Epic Games Store.

Permainan baharu untuk siri permainan yang sudah berumur lebih 25 tahun ini akan dibangunkan oleh Ubisoft Düsseldorf dengan selian pencipta siri ini iaitu Volker Wertich.

Permainan ini akan menyertakan tiga mod permainan iaitu Campaing, Skirmish dan Multi-pemain dan pemain boleh bermain PvE atuapun PvP. Selain itu, ia juga menyertakan tiga syarat untuk memenangi permainan iaitu;

  • Combat – dengan menyerang dan merampas negara lawan
  • Glory – bertempur dengan wakil negara lawan untuk membuktikan kekuatan negara anda, ia akan meningkatkan keberangkalian untuk rakyat negara lawan memberontak dan sekaligus memudahkan anda untuk merampas negara tersebut.
  • Faith – pemain juga boleh menggunkaan agama untuk menguasai negara lain.

Bagi anda yang berminat, ia kini boleh di pra-tempah melalui Uplay dan juga Epic Games Store. Terdapat dua edisi iaitu Standard dan Gold. Gold akan menyertakan akses awal iaitu 3 hari sebelum tarikh dikeluarkan, DLC Monuments & Merchants dan dua barangan di dalam permainan.

Leave a Reply